|
Laman Utama
|
|
Selamat Melayari Butikutara.Com |
|
|
|
|
Written by Web Master
|
|
Thursday, 06 March 2008 |
|
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Butikutara.Com wujud lebih setahun yang lepas dan tidak ramai yang mengetahuinya. Kami mengolahkan penampilan wajah laman ke versi terkini untuk mula bergerak aktif dalam usaha mengujudkan sebuah direktori pengantin khususnya bagi negeri-negeri di utara Semenanjung. Adalah diharapkan dengan adanya Butikutara.Com akan memberi satu ruang yang mudah bagi bakal pengantin membuat 'survey' tanpa membuang waktu dengan hanya mendapatkan maklumat di hujung jari.
Melalui Butikutara.Com kami mempelawa semua butik pengantin yang berada di sekitar kawasan sasaran meliputi Taiping hinggalah ke negeri Indera Kayangan untuk disenaraikan di dalam direktori ini. Kami juga menyediakan perkhidmatan membina laman web untuk butik dan perniagaan dengan beberapa pakej pilihan dan kemudahan-kemudahan tertentu yang disediakan. Bagi butik yang telah memiliki laman web sendiri juga dialu-alukan supaya memaklumkan kepada kami agar laman masing-masing dapat dipautkan melalui Butikutara.Com dan dibuat secara percuma. Semua pihak diharap dapat memberi kerjasama memaklumkan nama-nama butik dikawasan masing-masing untuk kami senaraikan dalam Butikutara.Com memandangkan masa yang terhad untuk kami sampai dan berurusan sendiri dengan pemilik butik berkenaan.
Keahlian Butikutara.Com :Semua pelawat berhak mendaftar sebagai ahli Butikutara.Com. Beberapa kemudahan diberikan kepada ahli meliputi perkara-perkara berikut: - Dapat mengekses beberapa laman yang dihadkan kepada ahli sahaja.
- Menghantar berita dan akan dipaparkan di dalam web setelah maklumat ditapis.
- Mengekses senarai keahlian, berhubung melalui email atau mesej peribadi dengan ahli yang lain.
- Layak untuk di masukkan ke kategori 'Administrator' mengikut kesesuaian dan keperluan.
- Dapat menyunting mana-mana artikel dalam Butikutara.Com secara 'online'.
- Layak memohon akaun email Butikutara.Com untuk kegunaan rasmi.
Peringatan :- Sila daftar dengan email yang betul. Link pengesahan akan dihantar ke email berkenaan.
- Sila gunakan kemudahan yang ada dengan berhemah. Pentadbiran berhak mengeluarkan mana keahlian yang tidak mematuhi etika pada bila-bila masa jua.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 05 March 2008 )
|
|
|
Potret Kenangan

|