|
Berita-Berita Terkini Butik Utara |
|
Written by TokNikahKawin
|
|
Thursday, 12 February 2009 |
| Pesan Buat Pelawat - Minta maaf banyak-banyak kalau anda semua tidak dapat melihat paparan butik yang ingin anda lawati. Tolong khabarkan pada tuan pemilik butik supaya mendekati teknologi masa kini sebab kami dapati kadang-kadang masih terdapat ramai pemilik butik yang pandang dingin terhadap langkah-langkah memiliki laman web. Bukan hasrat kami untuk memaksa menempah laman web dari kami, tempahlah pada sesiapa saja yang mereka suka tapi jangan lupa memberitahu kami alamat web masing-masing supaya dapat kami pautkan dari direktori ini....Butikutara.Com! - penyelaras. |
Bila Taukeh Kawin... Ina salon...majlis kenduri skala sederhana tapi cukup meriah dengan kehadiran sahabat handai dan rakan seperjuangan. Perkongsian hidup kali kedua ini diramalkan bahagia hingga ke akhir hayat berdasarkan perkenalan yang begitu lama sebelum keduanya diijab khabulkan sebelum ini. "Kami doakan semoga rumahtangga ina kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Terima kasih banyak-banyak kerana tidak lupa menjemput kami anak beranak..." - Butik Utara. |
|
 | Baliz Bridal Studio kini disenaraikan dalam Senarai Pulau Pinang. Shida Mohamed, pemilik butik boleh dihubungi sekarang dan maklumat boleh didapati melalui laman blog Baliz Studio. Sila klik Senarai Penang. | | Welcome Tengku! - Tengku Suezy Natasha (Suecantik) mula membuka butik sejak 2008. Butikutara mencadangkan agar Tengku penuhkan facebook Tengku sebelum butik Tengku dipautkan melalui Senarai Perlis. |
| Sabaq La Miss Y!!! - Sedih jugak bila dapat tau keadaan Miss Y. Yang dah jemput tetamu pun tak jadi kawin...inikan pulak jejaka idaman kena sihir lantas terbatal bertunang!!! Kami semua berdoa agar Miss Y bersabar dan menyerahkan semua usaha pada takdirNYA. |
Be Carefull With This Man! - Demi memperbetulkan sesuatu kami di Butik Utara ingin memperingati bakal-bakal pengantin supaya berhati-hati dengan 'part time' pak andam ini agar tidak tergugat majlis perkahwinan anda. Sapa....awat....apa dia dok buat? Dia adalah seorang kakitangan jabatan kerajaan. Tiada butik tapi sedia terima tempahan. Tempah pelamin secara 'sub'....asalkan ada pelamin disaat akhir dan yang pasti pelamin tidak mengikut apa yang bakal pengantin mahukan. Suka mendapatkan kemudahan credit atau guna/pasang dulu bayar kemudian..tapi makan masa yang lama setelah puas dihujani panggilan talifon yang selalu tidak akan berjawab. Suka buat hal dimana-mana yang orang belum kenal dia.
This Man was caught and appeared in Buletin Utama on the last 7th Apr 2010 at Butterworth Court..... | Apaaaalah Pasai Nii?- Ceramah dalam salah satu siaran TV menarik perhatian TokNikahKawin berkaitan mengapa hidup ini tiada keberkatan? Ustaz penceramah mengutarakan kes dimana keterlanjuran pasangan remaja menjadikan ibu bapa mengambil tindakan yang dikira wajar hanya bagi menutup aib terhadap anak dara mereka.....Sila kembali lagi untuk kisah selanjutnya... Awat Hangpa Tergesa-Gesa Sangat? - Kalut-kalut suatu senja sepasang dua beradik mengunjungi sebuah butik di SPT. Nak sewa baju akad nikah untuk esok...kata pengiring bakal pengantin. Dalam masa memilih baju terpandanglah Si Mak Andam akan keadaan perut bakal pengantin yang dah agak....... "Hissshhh...takkan ....kut!", bisik hati Mak Andam berkenaan. Moga-moga anak keturunan kita tidak terjebak dengan gejala-gejala negatif berkenaan...dan Butik Utara berharap perut si bakal pengantin ter....disebabkan lemak berlebihan hasil dari makanan yang tidak seimbang!!! |
| Berniaga..Alternatif Mangsa Hilang Pekerjaan - Akhir-akhir ini terdapat fenomina dimana pasar-pasar malam yang dulunya muram kini sudah menjadi makin ramai dengan peniaga-peniaga baru. Tidak dinafikan bahawa gejala pembuangan pekerja oleh syarikat-syarikat besar mahupun sederhana telah memaksa mangsanya mencari sesuatu kerjaya baru. Tidak terkecuali yang telah menaruh minat begitu lama ingin berkecimpung dalam arena butik pengantin. Butik Utara berharap kehadiran pengusaha-pengusaha baru butik pengantin dapat memainkan peranan masing-masing agar persaingan sihat dapat diwujudkan. Good luck to you all! | |
| Buka Cawangan - Khabarnya Astana Impian melalui laman webnya akan membuka cawangan di Sungai Dua, Seberang Perai. Di Sungai Dua juga Ina Collection yang kini beropersai di Guar Perahu akan berpindah tidak lama lagi. Semoga persaingan sengit butik-butik pengantin ini akan membawa manafaat kepada bakal pengantin. | |
|
Last Updated ( Sunday, 25 April 2010 )
|
|
|
Sesuaikah Mak Ayah Pengantin... |
|
Written by TokNikahKawin
|
|
Sunday, 11 January 2009 |
|
Kami dijemput ke majlis kenduri..berkali-kali. Namun musim terbaru cuti sekolah hujung 2008 mencuit perhatian kami untuk diambil iktibar dijadikan panduan. Para tetamu terpacak berdiri menjeguk mencari-cari tuan kenduri untuk salam berisi. Tatkala itu waktu kemuncak para tetamu tiba. Rupa-rupanya Mak Ayah pengantin sedang duduk bersama meraikan makan dimeja pengantin. Kami mengambil agenda makan ini untuk memperingati para-para bakal pengantin dan bakal tuan kenduri iaitu: - Sila kecualikan Mak Ayah pengantin (tuan kenduri) dari menjadi sebahagian dari rombongan makan beradat (makan pengantin).
- Utamakanlah para tetamu dan pilihlah dari kalangan rakan taulan atau saudara terdekat bagi mewakili Mak Ayah untuk sama-sama dimeja makan pengantin.
- Sila sediakan petugas untuk menawarkan air basuhan tangan walaupun telah tersedia sudu dan garpu kerana tidak semua jemputan rombongan pengantin rasa selesa dengan makan bersudu garpu.
Perlu diingatkan bahawa suasana di hotel dan dihalaman rumah amat berbeza....oleh itu jadikanlah makan makan yang diadakan dapat berlangsung dalam suasana yang amat santai dan selesa. |
|
Last Updated ( Sunday, 11 January 2009 )
|
|
|
Orang Memberi Kita Merasa..... |
|
Written by TokNikahKawin
|
|
Monday, 26 May 2008 |
|
Assalamualaikum Pengantin Baru dan Mak-Mak Pengantin termasuk la ayah-ayah pengantin. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda semua menjemput pihak kami menghadiri kenduri kalian. Kami juga mohon dihalalkan semua perbelanjaan sewa kelengkapan pengantin oleh kalian, semoga khidmat kami dapat memuaskan hati semua. Yang baik beritahu kawan.......... Kami juga memohon maaf pada sesetengah jemputan yang tidak dapat kami hadiri kerana terlalu banyak jemputan dan secara kebetulan bersamaan dengan majlis perkahwinan waris terdekat kami di kampung. Keikhlasan anda semua sangat-sangat kami hargai. |
|
Last Updated ( Monday, 26 May 2008 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
| Results 1 - 4 of 7 |