La Ni Pukul

Pertanyaan

Penyelaras

Statistik

OS: Linux s
PHP: 5.2.13
MySQL: 5.0.91-community
Time: 09:47
Caching: Disabled
GZIP: Disabled
Members: 230
News: 24
Web Links: 3
powered_by.png, 1 kB
Laman Utama arrow Info Pengantin
Info Pengantin
 
  • Tips Pengantin   (1)

    Semakan Pengurusan Majlis Perkahwinan

     Agenda

     Pemerhatian

     Catatan

    Jemputan 

    Jumlah, kad jemputan, tarikh siap cetakan & edaran.

     

    Akad Nikah

    Tempat, masa, tarikh, jurunikah, bayaran & dokumen perlu. 

    Bekas Hantaran

    Jumlah, gubahan, pembawa/rombongan. 

    Penunjuk Arah 

    Papan tanda, banner, bunga manggar.  

    Pengantin 

    Persalinan, make-up, pengiring, kenderaan.  

    Ketibaan 

    Aturcara, payung, pengiring, penyambut, kompang.  

    Jurufoto 

    Tempahan, aturcara, sessi fotografi, persalinan, make-up.  

    Makan Beradap 

    Hiasan meja, menu, 'sitting plan'.  

    Bersanding 

    Pelamin, pengapit, renjis, DeeJay(pengacara).  

    Kamar Pengantin 

    Hiasan, perfume, kipas/aircond. 

    Cenderahati 

    Bunga telur, jumlah, tetamu khas. 

    Khemah/Canopy 

    Jumlah, tarikh pasang, kelengkapan/eksessoris.   

    Hidangan 

    Hidang, 'buffet', catering, mentara, 'test food'. 

    Penginapan 

    Rumah Rehat, Homestay, Chalet, tempahan.  

    Pergerakan Rombongan 

    Taklimat jalan & laluan, Ketua konboi, check point & RV 
       
       
       
       
       
  • Tips Pengantin   (1)

    Butikutara.Com Mewakili Mak Andam Ingin Berpesan...

    • Jangan kotori cadar pengantin yang disewa dengan tompok-tompok dot dot dot! Tidaklah perlu untuk kita sampaikan mesej melalui dot dot dot tersebut bahawa kita atau pengantin perempuan yang dinikahi masih dara.
    • Tolong jaga keselamatan kelengkapan yang disewa kerana dengan sewa yang anda buat belum tentu memberi pulangan modal kepada butik yang berkenaan.
    • Sila pulangkan semua kelengkapan yang disewa pada tarikh yang dijanjikan kerana berkemungkinan pelanggan yang lain sedang menunggu untuk mengambilnya pula. Ringan-ringanlah jari memicit butang menghantar sms dengan alasan yang paling munasabah sekiranya anda tidak dapat menepati tarikh perjanjian pemulangan tersebut.
    • Jika anda masih berpegang dengan adat kesopanan timur, hidang-hidangkanlah kumpulan pasang pelamin, set bilik atau meja pengantin setidak-tidaknya dengan segelas air sejuk. Lebih selamat lagi beritahulah butik berkenaan dengan skrip ini...."Kak...nanti nak pasang pelamin kak bawa sendirilah air minuman sebab takdak sapa nak kelola waktu tu.....", maka tidaklah pendek lidah tukang-tukang pelamin kerana kemarau di ruang tekak!!!
    • Kumpulan pasang pelamin lebih suka jikalau ada wakil dari pihak pengantin menegur sapa pada hari memasang pelamin. Dengan keadaan sedemikian tukang-tukang berkenaan merasa dihargai dan dapat secara emosinya menjalankan kerja-kerja pemasangan pelamin dengan penuh kerelaan. Tidaklah perlu menunggu 'terpacak' tang tu sehingga selesai pasang pelamin. (This is Butikutara....so we use the term 'tang tu').
    • Sila betulkan bajet anda sebelum menempah pakej yang 'grand'. Kerenah anda untuk memiliki pakej 'grand' dengan bajet yang 'ciput' akan menambah peningnya kepala Mak Andam apatah lagi Mak Andam pun tengah bunting sulung!!!

    ...more pesanan will be listed here soon....sabaq la no!

  • Adat Melaka   (1)

    ~:: Adat Istiadat Melayu Melaka ::~

    Am - Unsur-unsur kebudayaan dalam perkahwinan orang Melayu Melaka, berjalan berperingkat mengikut tertib dan menjadikan warisan adat resam ini sesuatu yang unik. Masyarakat di pinggir pantai Melaka mengamalkan unsur adat yang berlainan dengan masyarakat di bahagian barat. Begitu juga dengan masyarakat yang terletak berhampiran dan berdekatan dengan Negeri Sembilan. Berikut dihuraikan secara ringkas unsur-unsur adat dan resam dalam bidang tersebut mengikut peringkat ketertibannya.

    Mencari Jodoh - Terdapat dua cara digunakan bagi amalan dalam menentukan jodoh atau mencari jodoh iaitu berdasarkan kesanggupan kedua belah pihak lelaki dan perempuan. Kaedah pertama adalah pemilihan pihak lelaki itu sendiri dan kaedah keduanya melalui pilihan ibu bapanya.

    Melalui kaedah pertama, pemilihan jodoh dicari sendiri oleh si teruna iaitu setelah menemui gadis pilihan hatinya, si teruna akan menyatakan hasrat kepada ibu bapanya. Kaedah kedua pula, pemilihan dibuat oleh ibu bapa si teruna setelah berkenan akan seseorang gadis yang dipilih untuk menjadi bakal menantunya dan diberitahu kepada anak terunanya. Kerap kali berlaku bakal menantu itu terdiri dari ahli keluarga seperti anak saudara atau yang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan persaudaraan di samping terjaga harta benda dari jatuh ke tangan orang lain. Bagaimanapun, dalam hal ini, selalunya si ibu akan memerhatikan gelagat serta tingkah laku gadis itu untuk menentukan kesesuaian bakal menantunya.

    Penentuan Jodoh - Terdapat beberapa syarat dalam memilih gadis bakal menantu. Misalnya gadis itu mestilah mempunyai sifat yang baik dari segi agama, rupa paras yang cantik, berakhlak, banyak keturunan serta mempunyai kebijaksanaan dan kepandaian khususnya dalam mengurus rumahtangga. Bagi bakal menantu lelaki pula, hendaklah mempunyai pelajaran agama yang tinggi, sifat yang sempurna, mempunyai kedudukan (harta benda) yang baik dan mempunyai pengetahuan yang baik mengenai ilmu rumahtangga.

    Merisik - Merisik ialah cara untuk mengetahui sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Rombongan merisik biasanya dibuat oleh saudara atau keluarga terdekat. Seandainya pihak atau keluarga gadis bersetuju, maka perundingan akan dibuat untuk menentukan hari pertunangan. Di sini sebentuk cincin belah rotan akan diberi sebagai tanda persetujuan.

    Meminang - Upacara meminang si gadis akan dibuat hanya setelah keluarga gadis itu memberi persetujuan. Kerja meminang dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak. Selalunya dijalan oleh ketua adat dan syarak. Sewaktu meminang, akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Lain-lain perkara yang dibincangkan ialah bersangkutan dengan hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Dengan berbuat demikian, tidak ada teruna lain akan masuk meminang gadis itu. Ini memberi peluang kepada sahabat handai serta kaum keluarga untuk bersiap sedia berderau (bersama-sama menjalankan tugas di hari perkahwinan nanti).

    Hantar Tanda - Semasa upacara menghantar tanda, sebentuk cincin akan dihantar untuk disarungkan ke jari tunangannya. Adat menyampai dan menerima cincin dilakukan di rumah gadis tersebut. Pihak si gadis akan menyambut rombongan si teruna. Dalam menghantar cincin tanda ini, sering juga diiringi dengan sebahagian wang hantaran belanja. Walau bagaimanapun, ini terpulang kepada perjanjian kedua belah pihak. Biasanya upacara menghantar tanda ini dilangsungkan dengan kata-kata adat seperti 'helah lelaki hancur, helah perempuan ganda'. Sekiranya si teruna memutuskan pertunangan itu, cincin dan hantaran itu akan hilang dan jikalau si gadis pula yang menolak, maka terpaksa pihak gadis menggandakan pemulangan cincin tanda dan hantaran itu.

    Hantaran Belanja - Upacara hantar belanja dijalankan pada tarikh yang telah dipersetujui dan sekali lagi rombongan pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan. Kedua pihak itu selalunya diwakili oleh ketua kampung. Mereka akan saling bertukar hantaran serta iringan setelah kedua pihak menghuraikan janji dan menyelesaikan masalah yang bersangkutan. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk si gadis dan mengikut apa yang telah dijanjikan. Perjanjian biasanya dalam bentuk 'serba satu atau serba dua'. Serba satu bererti persalinan iringan itu setiap jenis dan digubah dalam pelbagai bentuk seperti bentuk itik, burung dan keris. Wang hantaran pula digubah biasanya dalam bentuk buah-buahan ataupun pokok bunga.

    Sementara itu, iringan lain sering kali turut disertakan adalah bunga rampai, sirih junjung, pahar telur merah dan alat solek. Kesemua kelengkapan yang dibawa oleh rombongan pihak pengantin lelaki disampaikan ke rumah gadis itu. Apabila selesai upacara penerimaan di serambi, iaitu setelah diselesaikan oleh pihak lelaki, hantaran serta iringannya itu diedarkan ke dapur. Ini adalah untuk disaksikan oleh pihak perempuan. Bekas-bekas kosong itu kemudiannya diisikan dengan barang-barang balasan daripada pihak gadis, biasanya kuih-muih, nasi dan lauk-pauk yang akan dibawa pulang oleh rombongan itu untuk si teruna.

    Menyerambi Bertunang - Jika dijalankan upacara menghantar belanja pada siang hari, maka malamnya pula diadakan majlis 'menyerambi bertunang'. Adat ini dilakukan di serambi rumah. Wakil dari kedua belah pihak bergilir-gilir membaca doa dan marhaban.

    Menjemput Tetamu - Pihak ibu bapa pengantin lelaki akan menjemput orang-orang tua kampung untuk memberitahu majlis perkahwinan yang akan diadakan. Mereka akan membuat tepak sirih dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya untuk bersama-sama meraikan majlis itu. Majlis ini diadakan di rumah bakal pengantin dan segala tanggungjawab majlis akan ditentukan oleh mereka yang ada dalam majlis tersebut. Biasanya majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

    Berinai Curi - Majlis berinai curi diadakan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Majlis ini bergantung kepada kesanggupan dan kemahuan pihak pengantin. Mulai malam tersebut, jari-jari dan tapak tangan serta keliling tapak kaki pengantin perempuan diinai. Selepas itu pengantin akan naik ke pelamin. Kemudian sanak saudara dan sahabat handai akan bergilir-gilir menginaikannya. Masa ini jugalah pihak pengantin lelaki atau keluarganya berpeluang melihat dari dekat wajah pengantin perempuan. Berinai curi biasanya diadakan sekurang-kurangnya satu malam tapi biasanya ia diadakan tiga malam.

    Berinai Kecil - Malam berikutnya majlis berinai kecil diadakan. Ianya disertai oleh pengantin lelaki. Tetapi pengantin lelaki berinai di serambi rumah sahaja. Sementara pengantin perempuan di ruang tengah rumah di atas pelamin. Majlis ini kadangkala dipanggil 'menyerambi kahwin'.

    Berandam - Keesokan harinya diadakan istiadat berandam di mana upacara memotong rambut di bahagian depan kepala dijalankan oleh tukang andam. Pengantin perempuan biasanya dicukur anak rambut di dahi serta di pelipisnya. Pengantin perempuan akan merasa perubahan wajahnya ditambah pula warna merah di jarinya selepas berandam. Upacara berandam dijalankan untuk persediaan pengantin lelaki pergi ke rumah pengantin perempuan untuk upacara berinai besar pada malamnya. Pada petang itu juga diadakan upacara mandi berhias. Biasanya upacara ini memerlukan sebiji kelapa muda ditebuk berbentuk pucuk rebung, beras basuh, sirih berkapur, gunting, kain putih, tepung tawar dan ikatan dua sepilih dan daun ribu-ribu.

    Mandi Berhias - Dijalankan ke atas kedua pasangan pengantin dan biasanya dibuat di serambi atau pelantar tengah berhadapan dengan pintu luar rumah didahului oleh pengantin lelaki dan diikuti oleh pengantin perempuan. Pengantin akan duduk menghala ke pintu luar dan di depannya disediakan dulang beras basuh serta tepung tawar. Sanak saudara dan waris akan menabur beras basuh dan menepung tawar pengantin itu.

    Pernikahan - Upacara akad nikah dijalankan pada malam selepas mandi berhias dan sebelum majlis berinai. Pakaian pengantin lelaki serba putih kecuali songkok dan kasut. Imam mewakili pengantin perempuan menjadi jurunikah. Selain dari itu juga disahkan hantaran dan lain-lain yang bersangkutan. Mas kahwin biasanya berbentuk wang tunai. Mas kahwin diwajibkan dan diserahkan kepada pengantin perempuan.

    Berinai Besar - Setelah selesai upacara akad nikah, majlis berinai besar dilakukan di atas pelamin dengan dimulai oleh pengantin lelaki. Ahli-ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan pula akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki dan berjalan sehingga selesai.

    Hari Langsung - Hari persandingan juga disebut hari langsung yang diadakan pada hari esoknya. Jamuan di rumah pengantin perempuan akan diadakan secara besar-besaran. Pengantin lelaki akan menuju ke rumah pengantin perempuan dengan diiringi dengan pukulan rebana dan sanak saudaranya untuk upacara persandingan.

    Sirih Lat-Lat - Sirih lat-lat ialah gubahan pokok bunga daripada daun sirih yang dipegang oleh pengantin lelaki untuk diletakkan atas pangkuan pengantin perempuan apabila sampai di pelamin untuk bersanding.

    Suap-Suap - Sebuah pahar telur merah dan nasi adab-adab disediakan di depan pelamin dan ianya berwarna kuning dan diperbuat daripada pulut. Ahli waris akan mengambil sekepal nasi adab-adab lalu diletakkan di tapak tangan pengantin lelaki dan disuapkan kepada pengantin perempuan dan sebaliknya.

    Masuk Ke Bilik Pengantin - Jari kelingking pengantin lelaki yang sebelah kanan mencangkuk jari kelingking pengantin perempuan dan pengantin lelaki akan melangkah masuk ke bilik pengantin sambil memimpin pengantin perempuan.

    Makan Damai - Makanan disediakan di bilik pengantin di mana peneman-peneman pengantin lelaki turut bersama dan mereka akan dilayan oleh pengantin perempuan. Mak Andam merupakan orang utama di dalam majlis itu.

    Makan Waris - Pada malamnya pula, sekali lagi diadakan majlis makan yang dihadiri oleh waris dari kedua belah pihak. Di dalam majlis ini, besan dengan besan akan duduk bersama dan kedua pengantin akan berkenalan dengan waris dan sanak saudara dari kedua belah pihak.

    Jemput Menantu - Majlis ini diadakan untuk pengantin perempuan yang dijemput ke rumah pengantin lelaki berserta pengiring-pengiringnya. Rombongan pengantin perempuan tidak akan ke rumah bapa mertuanya selagi pengantin lelaki dan pengiring-pengiringnya tidak datang menjemput . Kedatangan pengantin lelaki digelar sebagai 'balik minum air'. Pengantin perempuan akan tidur semalaman di rumah pihak lelaki.

    Malam Satu - Setelah pengantin perempuan pulang ke rumahnya, pengantin lelaki akan tidur di rumah isterinya pula. Pengantin lelaki akan menyembahkan tepak sirih ketika menjelang subuh kepada bapa mertuanya. Perlakuan yang ditunjukkan oleh pengantin lelaki akan dapat diketahui sama ada pengantin perempuan itu masih dara atau tidak semasa dikahwini.

    Membalas Tidur - Bagi adat membalas tidur, pengantin perempuan buat kali keduanya akan tidur di rumah suaminya. Pengantin masih lagi memakai pakaian pengantin tetapi hanya sekadar pakaian 'kondeh' sahaja.

    Habis cerita...... Dengan huraian yang dinyatakan, jelasnya bahasa masyarakat Melayu Melaka mempunyai adat istiadat perkahwinan tersendiri dan begitu unik sekali. Walau bagaimanapun, dewasa ini kebanyakan unsur-unsur adat yang dikira kurang penting tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu Melaka.

     

  • Hukum Hakam   (4)

     ~:: Hukum Berkahwin Dan Fadhilatnya ::~

    Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin. Persoalannya  adakah kahwin itu suatu ibadat? 
    Saidina Abbas lebih cenderung untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat, ataupun ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah.

    Yang dimaksudkan oleh Saidina Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada Allah SWT kerana dorongan syahwat yang telah ditakdirkan kepada keturunan Adam, kecuali setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, seorang tok lebai yang baik budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya sebagai tok lebai itu belum boleh menjadi suatu jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.

    Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh pancaroba; buka jendela di pagi hari, sudah lihat perkara-perkara yang boleh mengoda perasaannya. Sedangkan di zaman Saidina Abbas r.a itu pun beliau telah merasakan tidak selamat tanpa berkahwin, betapa pula di zaman sekarang yang begitu banyak pendedahan perkara-perkara yang membangkitkan keinginan seseorang terhadap syahwat.  Oleh yang demikian perkahwinan menjadi suatu perkara yang sangat mustahak kerana ia akan menjadi perisai kepada keimanan.

    Tidak sempurna suatu ibadat kecuali ia dilakukan dengan kelapangan hati. Kelapangan dan ketenangan hati akan lebih mudah dicapai setelah Seseorang itu menempuh perkahwinan. Jika seseorang itu memerlukan makan minum dan pakaian serta tempat tinggal bagi menjaga kepentingan fizikal, demikian juga nafsu syahwat yang Allah kurniakan itu juga memerlukan penyelesaian. Jika itu tidak dilakukan maka pastilah ketenangan hati sukar dicapai. 

    Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu: 
    "Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, Insya
    Allah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika    itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."

    Keimanan adalah suatu hidayah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sekiranya iman itu telah dicabut lantaran hamba tersebut melakukan zina maka tidak mudah Ia hendak dibina kembali atau diperolehi semula. Kerana perbuatan zina itu adalah perbuatan orang yang fasik dan zalim yang tidak mendapat hidayah dari Allah SWT. 

    Demikian beberapa pendapat dan pandangan seorang sahabat Rasulullah SAW tentang perkahwinan dan keperluannya. Sesungguhnya banyak keterangan di dalam al-Quran tentang adab-adab nikah, dengan adanya ayat-ayat yang mendorong ke arah perkahwinan itu. Terdapat begitu banyak kisah para nabi-nabi yang menjelaskan kehidupan mereka bersama isteri-isteri serta mempunyai anak dan cucu. Terdapat di dalam ungkapan dan doa para nabi yang bermohon kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengurniakan kepada mereka anak-anak dan cucu sebagai seuatu yang menjadi tenang mata memandang (Qurrota Aaayun). Doa-doa tersebut membuktikan bahawa nabi-nabi atau orang yang soleh melakukan perkahwinan. 

    Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: "Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya."

    Hadith tersebut membayangkan ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menikahkan anak-anak perempuan mereka yang remaja, kerana untuk menjaga kebajikan anak-anak remaja itu dan melindunginyadengan perkahwinan itu agar ia terselamat dan terjerumus ke lembah perzinaan yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan iman.

  • Pantang Larang   (1)

    ~:: 43 Pantang Larang Bakal Pengantin ::~

    Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
    larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk
    kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi
    satu budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang
    jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
    pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

    1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk
      mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal
      nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul
      akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
    2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama
      baik keluarga.
    3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang
      mempunyai niat tidak baik.
    4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin
      bagi mengelakkan perut buncit.
    5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
    6. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari
      perkara sihir.
    7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam
      sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
    8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan
      boleh menyebabkan kencing manis.
    9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,
      lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
    10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
    11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).
    12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan
      tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak
      mengalir.
    13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak
      toksid.
    14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin
      mempunyai tenaga.
    15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan
      lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
    16. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.
    17. Belajar ilmu rumahtangga daripada org yang berpengalaman dan sudah berkahwin
      tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
    18. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
    19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
    20. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
    21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
      berseri pada hari perkahwinan.
    22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
    23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
    24. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa
      mengingati Allah.
    25. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
      stabil.
    26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
    27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
    28. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum
      ijabkabul.
    29. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
    30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk
      menghangatkan lagi kemesraan.
    31. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
      keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang.
    32. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan
      berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
    33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
    34. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung,
      bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. 
    35. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
    36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
      pengantin kerana tidak manis.
    37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi
      mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
    38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
      dikhuatiri hilang seri.
    39. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis
      dipandang tetamu.
    40. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
    41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan
      seri wajah buat pengantin lelaki.
    42. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi
      buncit.
    43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi
      menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika
      berada diluar.

    Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak
    melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak
    mendengar nasihat.




Asmaul Husna

Sembang Online

Potret Kenangan

NadzryAziela

 

© 2010 Direktori Pengantin Utara Semenanjung
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.